Date: 9 October 2014
Time: 12.00-4.00 pm
- Hari ini semasa menyiapkan tugasan subjek entrepreneur di Sungai Bertih(Klang), kami melihat terdapatnya kaum berbilang bangsa di kawasan tersebut. Ini secara tidak langsung melahirkan idea untuk memilih lokasi ini. Ini kerana jarak lokasi ini lebih dekat puncak alam berbanding dengan lokasi sebelumnya yang terletak di Kuala Lumpur.
- Berdasarkan pemerhatian kami, komuniti ini menetap secara berkelompok mengikut kaum masing-masing. Walaubagaimanapun, kami dapat melihat sikap perpaduan yang terjalin antara mereka adalah baik.
Date: 2 October 2014
Time: 4.10-6.00 pm
- Hari ini kami telah membincangkan idea dan mencari tajuk yang sesuai untuk kajian ini. Dari perbincangan ini, kami telah memilih tajuk "Apakah Perspektif Non-Muslim Terhadap Muslim Di Kawasan Ini?".
- Kami perlu menyelidik isu isu terbesar yang wujud di kalangan komuniti ini serta mencari idea untuk mengubah perspektif tersebut.
- Antara manfaat dalam kajian ini ialah ianya dapat menghilangkan sikap prejudis di antara semua kaum. Selain itu, topik ini dipilih kerana sifat ingin tahu bagaimana pandangan mereka terhadap kaum yang berbeza agama.Ini kerana berdasarkan perspektif islam, masyarakat atau kumpulan manusia yang terdiri daripada Qawm, ummah, syu'ub dan qaba'il ada dinyatakan di dalam al-quran. Dimana masyarakat di dorong oleh melahirkan perubahan perubahan positalam masyarakat.
- Tips yang diberi oleh ustazah adalah supaya kami menghubungkan kerja projek atau kajian ini dengan kandungan yang terdapat di dalam bab satu.
DATE: 1 October 2014
TIME: 4.10-6.00 pm
- Hari ini kami membincangkan tentang lokasi untuk kajian ini. Terdapat beberapa lokasi yang di pertimbangkan , antaranya adalah di Gombak, Selayang, Klang dan Batu Caves. Lokasi ini dipilih berdasarkan populasi kaum yang menetap di situ yang merangkumi kaum melayu, cina, india dan bumiputera.
- Ini antara senarai persoalan yang kami ingin selidik antaranya adalah
- masalah ekonomi yang dimonopoli oleh kaum yang terdapat di tempat kajian.
- masalah kepercayaan yang boleh mewujudkan jurang perbezaan antara agama.
- masalah pendidikan di kalangan komuniti itu.
- pandangan komuniti terhadap politik yang wujud di tempat tersebut.