TIMELINE

DATE: 25 Sept 2014
TIME: 4.10-6.00 pm

  • Hari ini ustazah menerangkan tentang projek berkaitan hubungan etnik yang perlu diselidik di kalangan komuniti daripada pelbagai bangsa dan agama yang merangkumi golongan kanak-kanak, belia dan orang tua. Projek ini adalah untuk mengenal pasti kepentingan ekonomi daripada setiap kaum yang dapat disalurkan untuk pembangunan negara. 
  • Tambahan lagi, kami perlu mengenal pasti beberapa perkara dalam komuniti tersebut :
         i) Latar belakang tempat, kepercayaan, sejarah dan budaya.
        ii) Bentuk-bentuk etnik yang wujud 
       iii) Terdapat pengaruh permodenan atau nilai Barat pada komuniti tersebut.
       iv) Kekuatan yang dimiliki oleh komuniti tersebut 
        v) Masalah yang dihadapi oleh komuniti tersebut 
         * Melibatkan dari semua aspek seperti politik dan pentadbiran, ekonomi, kepercayaan dan                     komitmen beragama, nilai yang dipegang dan diamalkan, pendidikan, dan undang-undang.

  • Semua aktiviti yang dibuat boleh diperoleh melalui pemerhatian, dan temu bual bersama ketua kampung, golongan belia dan sebagainya. Selain itu, kami juga perlu menyumbangkan khidmat sebagai mahasiswa untuk membantu komuniti tersebut.

No comments:

Post a Comment