Sunday, 14 December 2014

HARI MELAWAT KAMPUNG LAKSAMANA


  • Pada hari khamis 27 november 2014, setelah tamat kuliah ekonomi kami bergegas ke fasa 3 untuk membeli beberapa buah tangan untuk diberikan kepada ketua kampung dan penduduk di sana sebagai tanda penghargaan di atas kesudian menerima kehadiran kami untuk membuat kajian berkaitan kursus ctu di situ.
  • Pada pukul 1.15 tengahari , kami berangkat menuju ke Kampung Laksamana dengan niat supaya perjalanan kami dipermudahkan kerana kami tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan itu.

Dalam perjalanan menuju ke Kampung Laksamana


  • Perjalanan kami dari Puncak Alam ke Kampung Laksamana mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Kami terus ke rumah ketua kampung Kampung Laksamana yang senang untuk dicari dimana di rumahnya terdapat bendera Malaysia dan meriam buluh di kedua belah pintu pagar rumahnya sebagai mercu tanda.
  • Kami disambut dengan ramah oleh ketua kampung En. Mahmad bin Ismail dan ahli jawatankuasa Kampung Laksamana En. Vijayakrishnan Subramaniam.
  • Sementara menunggu ahli jawatankuasa yang lain untuk hadir bagi sesi temuramah ini, kami dihidangkan dengan kuih muih dan air teh. Kami bersuai kenal diantara satu sama lain dahulu untuk mengurangkan rasa kejanggalan. Kami bertanyakan tentang asal usul kewujudan penempatan di Kampung Laksamana ini. Malah mereka sempat berkongsi bagaimana mereka berhijrah ke kampung ini.
  • Setelah beberapa minit kemudian, dua ahli jawatankuasa yang lain datang memenuhi ruang rumah En. Mahmad iaitu En. Yong Ah Chai dan En. Mohd Rafiq bin Hamidunnah. Kemudian, kami terus memulakan sesi temuramah memandangkan langit sudah kelihatan mendung berarak kelabu.
  • Kunjungan kami ke rumah penduduk kampung diiringi oleh kesemua ajk berserta ketua kampung ini bagi memudahkan kami beriteraksi dengan penduduk Kampung Laksamana itu sendiri.
  • Kami bertanyakan padangan mereka berkenaan hidup bermasyarakat di kalangan penduduk berbilang bangsa dan agama. Namun, kami lebih mengfokuskan persepsi mereka terhadap agama Islam dan kaum Melayu.

No comments:

Post a Comment