- Ketua Kampung.
- En. Mahmad bin Ismail
- Berumur 64 tahun
- Berasal dari Kelantan
- Menjawat jawatan sebagai ketua kampung selama 3 tahun
- Menetap di Kampung Laksama sejak tahun 1988 lagi
- Bekerja sebagai tentera dan sekarang sudah pencen
- PANDANGAN : En Mahmad memberikan pandangan bahawa penduduk disini mempunyai hubungan silaturrahim yang kuat. Pada pandangan kami, En Mahmad menjalankan tugas beliau sebagai ketua kampung dengan amanah. Dan hubungan beliau dengan penduduk kampung juga terjalin dengan erat dan beliau mementingkan kesejahteraan penduduk ini. Selain itu, kaum lain juga dapat menerima budaya, cara hidup, pemakanan dan sebagainya.
2. Jawatan Kuasa Ketua Kampung Laksamana
- En. Vijayakrishnan Subramaniam
- Berumur 55 tahun
- Berasal daripada Kuala Lumpur
- Merupakan ahli Pasukan Keselamatan dan Kejiranan (Community Policing)
- Menetap di Kampung Laksamana sejak 20 tahun yang lalu
- Bekerja di sektor swasta
- PANDANGAN: Beliau menyifatkan orang Islam ini mempunyai identiti yang tersendiri. Dimana beliau juga amat menyenangi dengan budaya orang Islam malah beliau juga mempunyai kenalan dikalangan orang Islam berbanding dengan kaum India sendiri. Ini kerana bagi beliau sendiri kaum India merupakan kaum yang sukar untuk ditafsir jika dibandingkan dengan kaum Melayu. Kefahaman beliau terhadap Islam adalah agama Islam ini agama yang mudah dan tidak ada diskriminasi terhadap individu lain. Dalam kehidupan seharian juga, beliau banyak bergaul dengan kaum Melayu. Di kawasan perumahan juga, beliau lebih gemar untuk keluar berbincang dan bersembang dengan orang Melayu. Bagi mereka walaupun berlainan agama dan bangsa namun mereka tetap saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
3. Jawatan Kuasa Kampung Laksamana
- En. Yong Ah Chai
- Berumur 56 tahun
- Berasal daripada Selangor
- Menetap di Kampung Laksamana sejak lahir
- Berkerja sendiri sebagai peniaga
- PANDANGAN : Apabila ditanyakan tentang pandangan beliau terhadap agama Islam, beliau boleh menerima budaya agama Islam dan budaya lain. Beliau juga menghadiri upacara kematian agama lain terutamanya pernah juga beliau menghadiri upacara kematian dan majlis tahlil penduduk yang beragama Islam disitu. Walaupun berbeza agama dan kepercayaan, beliau tetap hormat akan budaya dan kepercayaan agama lain. Selain itu, beliau juga ada sifat ingin tahu tentang agama Islam. Disebabkan itulah, beliau berminat untuk menghadiri di majlis seperti itu. Malah ketika umat Islam berpuasa, beliau juga mengenalpasti tentang kenapa umat islam berpuas. Dalam kehidupan seharian juga, bergaul dengan kaum Melayu dan India juga menjadi rutin harian dan duduk semeja untuk bertukar pendapat.
4. Setiusaha Untuk Kampung Laksamana
- En. Mohd Rafiq bin Hamidunnah
- Berumur 37 tahun
- Berasal daripada Kelantan
- Menetap di Kampung Laksamana selama 22 tahun
- Menjalankan perniagaan "ONE STOP PRINTING CENTER"
- PANDANGAN : Bagi pandangan beliau pula, kehidupan bermasyarakat di kalangan penduduk pelbagai agama dan kaum ini tidak mendatangkan masalah sekiranya setiap individu itu memahami dan menerima budaya lain. Beliau juga mempunyai ramai kenalan yang terdiri daripada kaum melayu dan India. Pada masa yang sama juga, beliau mengambil tahu tentang budaya kaum India dan tahu tentang adat orang India sekiranya seorang bujang India itu meninggal dunia, bujang itu akan dikahwinkan dahulu sebelum dikebumikan atau dibakar.
Bersama ketua kampung dan JKKK Kampung Laksamana |
1. LATAR BELAKANG KAMPUNG LAKSAMANA
- Berdasarkan sesi temuramah dengan ketua kampung, Kampung Laksamana merupakan tempat yang mempunyai kawasan perlombongan bijih. Pada asalnya, penduduk Kampung Laksamana ini berasal daripada Hulu Klang, dimana dahulunya penduduk asal ini berpindah ke tempat perpindahan dan wujudnya Kampung Laksamana ini. Kampung ini mempunyai komuniti yang terdiri daripada percampuran bangsa. Di kampung ini juga terdapat slogan yang tersendiri iaitu "Laksamanaku Muhibah" atau lebih dikenali sebagai perkampungan majmuk. Kampung Laksamana ini hanya berhampiran dengan Gua Batu Caves dimana tempat itu merupakan tempat beribadat bagi kaum agama Hindu.
2. KOMUNITI YANG WUJUD DI KAMPUNG INI
- Di kampung ini, komuniti yang tinggal disini terdiri daripada bangsa Melayu sebanyak 60%, India sebanyak 35%, Cina sebanyak 30%. Lain-lain komuniti seperti Singh dan Warganegara Bangladesh juga terdapat disini tetapi dalam kuantiti yang agak sedikit. Secara umumnya, bangsa Melayu yang memonoli kawasan ini. Jumlah keseluruhan penduduk di kampung ini seramai 40,000 orang pada tahun 2014.
3. KEPERCAYAAN YANG WUJUD DI KAMPUNG INI
- Agama Islam (Melayu). informasi yang kami dapat adalah kemudahan tempat beribadat bagi setiap agama di kawasan ini tidak ada sepenuhnya. Namun begitu, di kawasan ini terdapat empat buah surau bagi memudahkan umat Islam mendirikan solat berjemaah. Bagi penduduk yang menganut agama Hindu (India), kuil mereka hanya ada di kawasan kampung lain dan di kawasan perumahan ini tidak disediakan kuil. Bagi penduduk yang beragama Buddha(Cina) dan Kristian, tempat beribadat seperti tokong atau gereja tidak ada di kawasan ini. Kebiasaanya penduduk Cina pergi ke Selayang untuk ke tokong mereka. Kemudahan seperti ini tidak disediakan kerana kekurangan kawasan untuk dibina dan kampung ini juga mempunyai keluasan yang agak kecil.
4. HUBUNGAN ETNIK YANG TERBENTUK DI KAMPUNG INI
- Berdasarkan daripada pemerhatian kami dan juga informasi yang kami dapat daripada temu ramah ini, ianya menunjukkan sifat toleransi antara penduduk di kampung ini yang terjalin walaupun mempunyai perbezaan antara agama, kaum dan budaya. seperti mana kami juga berasa gembira dan senang hati dengan layanan yang diberikan kepada kami ketika sesi temu ramah ini dijalankan. Penduduk disini amat menghormati sesama sendiri lebih-lebih lagi ketika kami ingin meminta sedikit masa mereka untuk membantu kami dalam tugasan ini. penduduk disini juga sering mengadakan aktiviti bersama seperti contoh gotong-royong, Program Rumah Tercantik dan melakukan senaman Aerobik. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai aktiviti tahunan mereka.
- Hubungan etnik yang seterusnya adalah menerima budaya bangsa lain dengan ikhlas. ketika musim perayaan setiap bangsa, pasti akan ada majlis sambutan perayaan tersebut. yang menariknya adalah penduduk India disini pernah mengadakan sambutan perayaan Hari Raya di kampung ini bagi meraikan kaum Melayu. mereka memberikan sambutan yang hangat kepada setiap perayaan. yang pastinya setiap majlis yang diadakan akan dibantu dan disokong oleh penduduk setempat. penduduk di kampung ini mengamalkan sifat muhibah dan disebabkan oleh itu wujudnya slogan Kampung Laksamana ini.
5. ADAKAH TERDAPAT PENGARUH PEMODENAN ATAU NILAI BARAT PADA KOMUNITI DI KAMPUNG INI ?
- Pengaruh pemodenan atau nilai barat juga pernah berlaku di kampung ini tetapi ianya boleh dikawal dengan baik. Malah disebabkan kesucian dan kemuliaan agama Islam ini telah menyebabkan salah seorang penduduk kampung ini yang asalnya bukan beragama Islam telah memeluk agama Islam. Namun begitu, ada juga segelintir daripada penduduk kampung ini yang terpengaruh dengan nilai kebaratan dari segi budaya pemakaian dan juga terdapat beberapa nilai pemodenan yang diserapkan di kalangan penduduk kampung ini. Malah masalah gejala sosial seperti pergaduhan di antara gangster di kalangan kaum India yang terjadi di kampung ini telah di banteras oleh pihak polis bagi mengelakkan masalah ini berlarutan dan menjejaskan keselamatan penduduk disini. Perkara itu menjadi normal dengan arus teknologi yang berkembang pesat pada masa sekarang ini. Walaupun mempunyai nilai pemodenan, penduduk disini masih mengamalkan budaya yang menggambarkan identiti setiap bangsa. Dengan adanya nilai pemodenan tersebut, ramai penduduk yang semakin cekap dan bersifat daya saing dalam memajukan diri.
6. KEKUATAN YANG DIMILIKI OLEH KOMUNITI INI
- Penduduk di kampung ini mempunyai kekuatan dari segi keutuhan semangat hidup bermasyarkat dimana ianya dapat dilihat dengan sifat muhibah. Apabila ditanyakan tentang permasalahan yang pernah terjadi di kampung ini yang melibatkan perbezaan kaum, jawapannya adalah tiada pergaduhan yang berlaku yang berkaitan isu perkauman. Malah mereka lebih bersikap mengembleng tenaga bersama-sama. Apa sahaja aktiviti yang dijalankan adalah tanggungjawab bersama.
- Selain itu, mereka juga masih mengamalkan Rukun Tetangga atau dikenali sebagai Pasukan Keselamatan dan Kejiranan (PKK) dimana mereka bersama-sama membuat rondaan di waktu malam bagi memastikan keselamatan penduduk di kampung ini terjaga. Pasukan ini ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Nilai murni yang terdapat di kalangan penduduk ini amatlah sukar untuk dijumpai pada masa sekarang. Namun ianya amat beruntung sekiranya nilai-nilai murni ini masih wujud di kalangan rakyat Malaysia yang hidup di setiap pelusuk negeri. Ianya akan menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang mengamalkan kehidupan bermasyarakat yang merupakan keinginan fitrah manusia.
7. MASALAH YANG DIHADAPI
i) Politik dan pentadbiran
- Politik di kampung ini diwakili oleh beberapa buah parti yang terdiri daripada PAS, UMNO, PKR, MIC dan MCA. Kebanyakan penduduk disini majoriti memilih parti PAS diikuti dengan UMNO, PKR dan MCA. Bagi parti MIC, dikawasan ini ianya kurang mendapat sambutan dan mempunyai undian paling terendah. Namun jika dilihat dari segi populasi penduduk di kampung ini, kaum India berada di peringkat yang kedua selepas kaum Melayu. Masalah ini mungkin disebabkan oleh kaum India di kawasan ini lebih memilih parti lain. Dari segi pentadbiran di kawasan ini, ianya boleh dianggap sebagai pentadbiran yang teratur kerana setiap kaum iaitu Melayu, Cina dan India mempunyai wakil dalam jawatankuasa kampung. Ini lebih memudahkan setiap kaum itu berurusan dan mudah untuk mengutarakan pendapat kepada wakil mereka dan dibawa ke pihak atasan. Secara umumnya, politik dan pentadbiran di kampung ini tidak mempunyai masalah yang boleh membawa kepada perpecahan kaum.
ii) Ekonomi
- Penduduk di kampung ini menjalankan ekonomi yang terdiri daripada pelbagai sektor. Bagi kaum Melayu, mereka bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Ada juga dikalangan mereka yang membuka perniagaan sendiri seperti contoh En. Mohd Rafiq bin Hamidunnah. Bagi kaum India pula, mereka bekerja di sektor swasta yang kebanyakkannya bekerja di Selayang Utama, Kuala Lumpur dan juga Shah Alam. Selain itu, ada segelintir daripada mereka yang membuka perniagaan menjual bunga segar di kawasan berhampiran rumah. Bagi kaum Cina juga, mereka memang dikenali dengan kaum yang menjana ekonomi dengan menjalankan perniagaan. Kebanyakkan daripada mereka membuka kedai menjual perabot, kedai runcit dan juga berniaga di pasar. Disini kami mendapati setiap kaum mempunyai cara tersendiri untuk menjana ekonomi mereka. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, aktiviti perniagaan ini dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Tetapi sekarang kaum Melayu sudah mula menceburi dalam bidang perniagaan ini walaupun secara kecil-kecilan. Apa yang penting sekarang ini adalah kita sebagai kaum Melayu perlulah ada sikap untuk berjaya dan memajukan diri. Ini kerana ramai kaum lain yang memandang kaum Melayu yang pada asalnya merupakan pemilik Tanah Melayu ini namun semakin hari ianya kelihatan seperti kaum Melayu ini sendiri yang menumpang di tanah asing.
iii) Kepercayaan dan komitmen beragama
- Dalam kehidupan masyarakat pelbagai agama dan berbilang bangsa ini, sudah pasti ianya mewujudkan pelbagai kepercayaan dan cara individu itu mengamalkan agama mereka. Setiap penduduk di kawasan ini harus menghormati agama lain tanpa ada niat untuk memburuk-burukkan agama lain. Berdasarkan daripada sesi temu ramah itu, kami mendapati segelintir penduduk disini menghormati agama lain tetapi mereka tidak pernah ingin tahu tentang agama lain. Dengan itu, kami telah menerangkan serba sedikit tentang kemuliaan agama Islam agar mereka lebih memahami dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang agama Allah ini. Kami menggunakan cara yang lembut supaya mereka tidak salah faham tentang tugasan kami ini.
iv) Nilai yang dipegang dan diamalkan
- Nilai yang diamalkan di kalangan penduduk ini adalah saling bekerjasama dan hormat-menghormati. Namun begitu, bagi golongan yang bekerja dan terlalu sibuk sepanjang hari ini, mereka kurang masa untuk membudayakan hidup bermasyarakat ini. Mereka juga lebih menjurus kepada kehidupan yang anti sosial dimana kurang kurang bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling.
v) Pendidikan dan undang-undang
- Pendidikan yang disalurkan oleh penduduk disini mempunyai sistem yang sistematik dimana di kawasan ini juga terdapat Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Tamil. Ini menunjukkan pengaruh nilai barat juga terjadi disebabkan oleh pembinaan sekolah pelbagai kaum ini. Apa yang boleh dilihat, pendidikan asas agama Islam semakin hari semakin luntur dan berjaya dihapuskan dan dimanipulasi disebalik peningkatan sistem pendidikan yang sistematik ini.